BAHAGIAN B : PERKHIDMATAN ZAKAT
1. Kami memahami kaedah pelaksanaan potongan gaji zakat bulanan yang dilaksanakan oleh MAINS.
2. Kaedah potongan gaji zakat bulanan ini memberi peluang kepada pemohon untuk melaksanakan ibadah zakat setiap bulan.
3. Kami mudah mendapat penjelasan dari pihak MAINS sekiranya kami kurang faham berkaitan perkhidmatan yang diberikan.
4. Kami mengetahui bahawa MAINS menyediakan sistem khas potongan gaji zakat untuk kegunaan majikan.
5. Kami mewar-warkan perkhidmatan potongan gaji zakat bulanan secara online kepada para pekerja di organisasi kami.
6. Penggunaan kaedah sistem potongan gaji bulanan secara online adalah lebih mudah digunakan oleh majikan berbanding manual.
7. Kalkulator zakat yang terdapat dalam laman web MAINS membantu pekerja kami membuat taksiran bulanan potongan gaji.
8. Tempoh penerimaan surat arahan potongan gaji bagi zakat bulanan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja adalah sangat sesuai.
9. Penyata zakat yang disediakan oleh MAINS melalui semakan online (laman web MAINS) memudahkan pekerja menyemak bayaran potongan yang telah dilaksanakan oleh pihak majikan
10. Kami berminat untuk menggunakan sistem potongan gaji yang disediakan oleh MAINS.
BAHAGIAN C : PERKHIDMATAN WAKAF
1. Kami memahami kaedah pelaksanaan potongan gaji wakaf bulanan yang dilaksanakan oleh MAINS.
2. Kaedah potongan gaji wakaf bulanan ini memberi peluang kepada pemohon untuk melaksanakan wakaf setiap bulan.
3. Kami mudah mendapat penjelasan dari pihak MAINS sekiranya kami kurang faham berkaitan perkhidmatan yang diberikan.
4. Kami mengetahui bahawa MAINS menyediakan sistem khas potongan gaji wakaf untuk kegunaan majikan.
5. Kami mewar-warkan perkhidmatan potongan gaji wakaf bulanan secara online kepada para pekerja di organisasi kami.
6. Penggunaan kaedah sistem potongan gaji bulanan secara online adalah lebih mudah digunakan oleh majikan berbanding manual.
7. Tempoh penerimaan surat arahan potongan gaji bagi wakaf bulanan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja adalah sangat sesuai.
8. Penyata wakaf yang disediakan oleh MAINS melalui semakan online (laman web MAINS) memudahkan pekerja menyemak bayaran potongan yang telah dilaksanakan oleh pihak majikan.
9. Potongan gaji wakaf serendah RM5.00 yang diperkenalkan MAINS adalah sangat relevan kepada kakitangan kami.
10. Kami berminat untuk menggunakan sistem potongan gaji yang disediakan oleh MAINS.